Monday, 22 December 2014

3 SENIMAN VETERAN MENINGGAL DUNIA TAHUN 2014

Assalamualaikum, Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia




Sesungguhnya yang hidup pasti akan merasai mati. Setiap mahluk ciptaanNYa akan tetap pulang kepada Maha PenciptaNya. Pada Tahun 2014 ini ada 3 Seniman Veteran yang telah pergi menyahut seruan Ilahi. Mereka juga merupakan seorang insan yang unik dan amat dihormati kepada mereka yang meminati bidang seni.

    Kehilangan mereka juga telah meninggalkan kesan yang mendalam kepada generasi bidang seni masa kini. Mereka juga telah menyumbangkan masa, tenaga, wang ringgit dan sebagainya untuk menjadikan bidang seni di Malaysia ini lebih baik dan meninggalkan kesan kepada Negara khususnya kepada masyarakat.

    Seperti kata-kata Allahyarham Tan Sri Dr.P.Ramlee, SENINYA BUKAN UNTUK WANG, TAPI SENINYA UNTUK MASYARAKAT. Kehilangan mereka ini telah meninggalkan khazanah seni yang amat bernilai. Semoga roh mereka dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman. Amin...Al-Fatihah

Sunday, 21 December 2014

MUNCUL KEMBALI...

Assalamualaikum, Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia..

Setelah sekian lama menyepikan diri kini muncul kembali..

Hilang bukannya berundur, tetapi hilang kerana ingin mencari ilham akan apa yang ingin dicoretkan..

Semoga kemunculan kembali ini dapat memberikan sesuatu yang amat bermakna untuk dikongsikan bersama.

Sesungguhnya yang baik itu dari dari Allah dan kekurangan itu adalah daripada kesilapan dan kekurangan pada diri sendiri..

Semoga terjalin semula hubungan silaturrahim sesama kita..

In Sha Allah..